Saturday, September 13, 2014

Tiada Yang Kebetulan


Cerita semalam...

Balik sorang2 (konon dah berani sebab berjaya buat 2x dah sebelum ni) dan diuji dengan tayar bocor sebab terpijak paku! Allahu rabbi, pengajaran apa Allah nak bagi kali ni? Salah yang mana Allah nak tegur kali ni? Hikmah apa pula kali ini, ya Allah?

Nasib baik tersedar pasal ni masa berhenti kat petronas AMBS (padahal sebelum ni tak pernah pun berhenti situ), masa bawak langsung tak rasa, mungkin baru kena dekat2 petronas tu kot. Cuak, tak tau nak buat ape, tak tau nak mintak tolong kat sape, walaupun orang sangat ramai kat situ masa tu.

Call Najmuddin, dia suruh try isi angin, terus buat tapi tak jadi apa-apa. Buat tak malu tegur sorang pakcik, mintak tolong tengokkan, pakcik tu cakap dah bocor, kena tukar tayar. Tayar spare ada, tapi mana reti nak tukar sendiri!

Najmuddin call kawan dia, mintak tolong bawa orang untuk setel. At the same time, teringat kat bff, Karimah, dia mengajar kat Durian Mas, mesti dia ada kawan yang boleh datang tolong. And to my surprise and great relief, Karimah tak balik kampung lagi, dia still ada kat Durian Mas sebab ada kelas tambahan! Yeayyy!!!

Tunggu sekejap, kawan Najmuddin datang bawak abang mekanik, orang tu pun tolong tukarkan tayar. Huh, macam mana tak kempis kalau 3 batang paku terbenam kat tayar? Dia kata boleh je nak terus drive balik Marang dengan tayar spare tu, cuma jangan bawak laju2, bawak 80km/j je. Huh, pukul berapa nak sampai kalau bawak 80 km/j, dah masuk highway nanti mana reti nak bawak slow2..so dalam kepala dah decide, malam ni tido Durian Mas, boleh spend masa dengan Karimah lama-lama, haha, langsung takde rasa sedih dah masa tu, teruk sungguh!

Karimah sampai dengan sorang cikgu laki (untuk tolong tukar tayar), tapi sebab dah setel, ucap terima kasih jugak sebab dia sudi datang nak tolong. Ikut Karimah balik kuarters, baru tau ada kampung kat dalam kawasan tu, kali pertama masuk Durian Mas, hahaha.. Mak suruh balik, ayah nak datang ambik, tapi berkeras jugak tak nak balik, rugi la tolak peluang dapat spend masa lama2 dengan kawan rapat, kan?? Sejak dia kawen 4 tahun lepas, boleh jumpa sekejap2 je, orang ada komitmen macam2, takkan nak heret ikut suka hati je,kan?

Rupa-rupanya, dia pun memang ada niat nak suruh saya singgah and stay dengan dia sampai hari Sabtu, tapi tak jadi bagitau sebab takut saya tak nak. Haha, ambik peluang ye sebab Che Mat pegi KL! So malamnya dapat la lepak-makan-sembang-tergolek sampai tido, lamanya dah tak tido sama2 macam ni! Teruja gila, hahaha..

Dalam rasa teruja tu, macam-macam hal berlegar dalam fikiran saya, dan semuanya kembali kepada satu hal paling utama – rahmat dan kasih sayang Allah.

  •            Saya diuji dengan tayar terpijak paku dan bocor, tapi kerana rahmat dan kasih sayang Allah, saya diuji di tempat yang ramai orang dan selamat, bukan di jalan yang kiri kanan ada pokok sawit je dan terdedah kepada bahaya.
  •      Dua hari kebelakangan ni saya teruji lagi dengan ‘perasaan’ yang sepatutnya saya usir jauh-jauh, hingga hati jadi galau lagi, tapi dengan rahmat dan kasih sayang Allah, Dia gembirakan hati saya dengan dapat bertemu kawan baik yang sangat saya rindu. Biarpun cerita hati saya tersimpan kemas tanpa sampai kepada dia, tapi dapat jumpa dan tengok dia saja pun dah cukup untuk buat hati saya rasa lapang seketika.
  •      Sahabat baik saya teringin sangat nak spend masa dan bercerita dengan saya, dengan rahmat dan kasih sayang Allah, Dia aturkan untuk saya diuji dengan musibah di tempat yang sangat hampir dengan dia, sehingga kami dapat bertemu.
  •           Malam tadi saya sepatutnya hadir ke majlis akad nikah sepupu, dan saya memang rasa tak kuat hati untuk hadir majlis begitu, lalu dengan rahmat dan kasih sayang Allah, Dia ‘tangguhkan’ perjalanan pulang saya dan saya terlepas daripada hadir ke majlis tu.
  •      Paling penting dan paling utama, Allah nak didik saya bersyukur dan ingat pada Dia melalui ujian ini, supaya saya lebih yakin, percaya dan sedar, semua yang ditakdirkan olehNYA adalah yang terbaik, bukanlah satu kebetulan, sebaliknya perancangan dan aturan yang telah ditetapkan olehNYA, walau tidak selari dengan apa yang kita inginkan, tapi amat tepat dengan apa yang kita perlukan, sebab HE KNOWS BEST!


Pengajaran dan peringatan penting yang lain untuk saya daripada peristiwa ni:
-          
  •      Lepas ni jangan nak buat2 berani balik sorang2 lagi, cari kawan untuk temankan atau konvoi dengan kereta lain.
  •           Telefon kena selalu ada bateri, dan pastikan ada kredit kalau guna prepaid.
  •           Cash money kena lebihkan kalau travel jauh-jauh.

Huhu, rasa sayu dan sebak pulak taip pasal ni...Allah sangat sayang pada saya, dan saya wajib membalasnya! Dengan apa? Dengan syukur, redha, sangka baik, sabar, ikhlas dan tentunya ibadah yang makin bertambah - dari segi kuantiti dan kualiti. Berkali-kali saya bisikkan pada diri sendiri, sabarlah, terima ketentuan Allah dengan positif, jangan biarkan diri terus hanyut dan larut dalam kesedihan. Terus memohon dengan penuh rasa yakin, minta dikurniakan aturan takdir yang terbaik, kerana dalam hidup ini tiada yang terjadi secara kebetulan, sebaliknya adalah perancangan dan aturan daripada Allah SWT.



No comments:

Post a Comment