Tajuk buku : Berdua Lebih Baik
Penulis : Rohani Abdul Rahman
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Bil. Halaman : 180 halaman
Penulis : Rohani Abdul Rahman
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Bil. Halaman : 180 halaman
Blurb muka depan :
Jodoh adalah rezeki. Sebagaimana mencari rezeki, berusahalah sekuat upaya
sebelum bertawakkal.
Apa kata saya:
Buku ni saya beli tahun lepas, masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
2013. Lepas beli, duk senyap terselit kat rak buku, tak tergerak hati lagi nak
baca. Setahun berlalu, barulah terasa nak belek dan baca. Lepas habis baca,
rasa menyesal tak baca awal-awal dulu!
Sebelum ni, saya memang liat sikit nak baca buku-buku ilmiah ni, kalau baca
pun mesti cari yang nipis dan santai-santai je penyampaiannya. Awal-awal beli
buku ni dulu tak terus baca sebab tu la, saya sangka isi buku ni berat dan kena
baca dengan penuh perhatian. Rupa-rupanya sangkaan saya tu salah! Walaupun
fokus utama buku ni adalah satu isu yang berat, tapi penulis berjaya sampaikan
isinya secara ringkas tapi padat, dan dengan bahasa yang ‘ringan’.
Satu lagi sangkaan saya yang salah tentang buku ni – daripada tajuknya ‘Berdua
Lebih Baik’ saya ingatkan isinya tentang kebaikan/hikmah perkahwinan, tapi
sebenarnya kandungan buku ni adalah tentang cara-cara dan tip-tip yang boleh
diamalkan untuk memudahkan bertemu jodoh :)
Banyak amalan-amalan dan ‘saluran-saluran’ yang diceritakan oleh penulis,
sama ada berdasarkan al-quran dan hadis, sirah Rasulullah SAW dan para sahabat,
juga pengalaman rakan-rakan dan pengalaman penulis sendiri. Ada juga disertakan
beberapa doa dan zikir yang boleh diamalkan sebagai tambahan kepada amalan yang
sudah menjadi kebiasaan.
Dengan meletakkan konsep jodoh adalah rezeki, banyak amalan untuk menarik
rezeki yang boleh diamalkan sebagai usaha untuk mendapat jodoh, seperti solat
sunat dhuha, solat sunat hajat, solat sunat tahajjud, bersedekah, berbakti kepada ibu bapa dan
pelbagai lagi.
Setelah menyelesaikan bacaan dari kulit ke kulit, dapat saya simpulkan
semua amalan yang diutarakan sebenarnya adalah usaha untuk memperbaiki diri
menjadi hamba Allah yang lebih baik. Pergantungan kepada Allah dan sangka baik
terhadap Allah adalah tunjang utama kekuatan seseorang dalam menemukan jodoh
yang disediakan oleh Allah. Banyak petikan ayat al-quran, hadis, dan kata-kata
bijak pandai dan motivasi yang diselitkan oleh penulis yang boleh dijadikan ‘pujukan’
kepada hati agar terus bersabar dalam berusaha dan redha dengan ketentuan yang
ditakdirkan oleh Allah SWT. Paling penting, luruskan niat ingin bertemu jodoh
kerana Allah Taala; untuk melaksanakan tuntutan agama, untuk mendapat keredhaan
Allah, untuk meraih ganjaran pahala berlipat ganda, untuk mengikut sunnah Nabi
SAW, untuk menyambung silaturrahim, insyaAllah, semoga dipermudahkan Allah
segala niat yang baik-baik!
No comments:
Post a Comment