Wednesday, October 29, 2014

Penghulu Istighfar


Maksudnya :

"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taat setia terhadap-Mu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan. Oleh itu ampunilah dosaku, sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau."

...............................................................................

Fadhilat membaca Sayyidul Istighfar/ Penghulu Istighfar:

"Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan (keyakinan) pada waktu petang dan mati pada malam itu, maka masuk syurga. Demikian juga sesiapa yang membacanya pada waktu pagi dan mati pada hari itu masuk syurga." [Hadis riwayat Bukhari]


* zikir ini terkandung di dalam Al-Ma'thurat, iaitu sekumpulan zikir dan doa yang diamalkan secara rutin oleh Rasulullah SAW. Jom tambah sayyidul istighfar dalam doa setiap kali selepas solat, mudah-mudahan dosa-dosa kita yang banyak tu diampunkan oleh Allah, dimurahkan rezeki, dilapangkan daripada kesusahan, dan kita tergolong dalam kalangan ahli syurga di akhirat nanti.

Sunday, October 26, 2014

Ahlan 1436H!


Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah

..............................................................

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri." [Ar-Ra'd : 11]

Sampai pada ayat ni masa baca quran lepas selesai baca doa awal tahun, 1 Muharam baru-baru ni. Termenung sekejap..terkejut pun ya, terfikir-fikir - adakah ini salah satu cara Allah 'menegur'?

Ya Allah, bantulah kami untuk mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperelokkan ibadah kepadaMu!

*semoga diberi kekuatan untuk 'berhijrah'...

Salam Maal Hijrah 1436, kullu 'aam wa antum bikhair, insyaAllah! 







Tuesday, October 21, 2014

Happy Birthday, Salmi!


Saengil chukka hamnida, chin-gu! (Selamat ulangtahun kelahiran, sahabat!) Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah selalu, dimurahkan rezeki, dipermudah segala urusan, dilimpahi kasih sayang keluarga dan teman-teman, insyaAllah.

Miss you so much! Terima kasih untuk persahabatan yang sangat bermakna, 4 tahun jadi housemate yang penuh dengan kenangan berharga. Mudah-mudahan ada rezeki untuk kita bertemu semula, one fine day, insyaAllah :)



Pic Quotes : People


Q : Which one is me?

Sunday, October 19, 2014

Jangan Cintai Aku Apa Adanya (Tulus)


Jangan cintai aku
Apa adanya
Tuntutlah sesuatu
Biar kita jalan ke depan

Mula-mula dengar lagu ni dan tahu wujud penyanyi nama Tulus ni masa tengok Anugerah Planet Muzik baru-baru ni, dia tercalon kategori artis baru lelaki terbaik dan menang, so masa VT senarai calon ada la sedutan lagu-lagu diorang sikit-sikit, lepas dengar lagu Tulus ni, terus search kat internet untuk dengar full.

Lagu ni best kat korus je rupanya, yang lain-lain tak sedap pun..so, kenapa post?? Sebab lain dari yang lain! Biasanya kita jumpa lagu yang liriknya 'cintai aku apa adanya', 'terima diriku seadanya', kan? Tapi lagu ni sebaliknya, satu pihak meminta pihak yang satu lagi menuntut lebih daripada yang telah dilakukannya, bukan sekadar menerima apa sahaja yang diberi/ dilakukan olehnya.

Mungkin orang macam ni adalah seorang yang suka cabaran dalam perhubungan, yang tak suka terima sesuatu dengan cara yang terlalu mudah, yang merasakan dia perlu kepada pembuktian kesungguhannya - bukan untuk pasangannya, tapi untuk dirinya sendiri, untuk menyedarkannya bahawa dia benar-benar sedang mencintai pasangannya.

Ini mungkin jarang terjadi, kan? (saya agak sahaja..)

Haha, inilah penangan belajar Social Psychology dulu, pernah semasa belajar topik apa ntah, lecturer suruh apply topik tu melalui lirik lagu. Semenjak tu, bila dengar satu-satu lagu mesti akan fikir apa kisah lagu tu.. :p

Apa pun, ada pengajaran yang pernah saya dapati, iaitu jangan terlalu 'menuntut' dalam sebuah perhubungan yang masih tiada kepastian, kerana ia hanya akan menjadi penambah jarak; jarak rasa dan jarak rasi antara kedua-dua pihak. Jika terpaksa 'menuntut' juga, pastikan pihak yang dituntut memahami tujuan tuntutan tersebut, ada kalanya tuntutan dibuat bukan untuk kepentingan diri pihak yang menuntut, tapi demi kebaikan diri pihak yang satu lagi...

Friday, October 17, 2014

Happiness Is...


...having my collection of books grows day by day!
Tapi, takde maknanya jugak kalau beli then susun je berderet atas rak tapi tak baca, kan?
Semoga diberi kesempatan waktu untuk 'mengulit' sayang2 saya ni :)

Read!


Waaah, bestnya kalau dapat satu ruangan khusus untuk buku di rumah, kan? Lagi best kalau ada rak yang sangat cool macam dalam gambar tu :)

Hujung minggu bertamu lagi..sepatutnya minggu ni balik kampung, tapi ditunda dulu sebab rabu minggu depan dapat cuti direct sampai ahad sempena Deepavali. 

Bila tak balik kampung dan menghabiskan cuti hujung minggu di Keratong, biasanya saya stay kat kuarters je, kadang-kadang tak keluar langsung sepanjang weekend, pagi isnin baru jejak tanah semula sebab nak pergi sekolah, hahaha, anti-sosialkah?

Peneman saya masa weekend biasanya buku, tv, internet dan bantal :p Banyaknya lagi buku kat atas rak yang belum dibaca, dan satu peralihan besar yang berlaku pada saya sekarang ialah saya lebih suka baca buku motivasi berbanding novel. Seringkali terfikir sendiri, 'kerana faktor usia,kah?' Aduh, tak sanggup nak mengakui 'YA' untuk persoalan tu, tapi sedapkan hati sendiri - 'syukurlah, terbuka jugak hati ni nak baca buku yang beri banyak ilmu dan manfaat.'

Beberapa orang rakan ada menegur (memuji) kerajinan saya membaca (berdasarkan aktiviti di Goodreads dan ulasan di blog), dan jawapan saya - selain untuk menambah ilmu, saya membaca untuk mencari ketenangan, mencari nasihat dan pujukan buat hati sendiri, untuk 'distract' minda saya daripada memikirkan dan mengenang sesuatu yang dah berlalu, untuk saya bangunkan semula semangat saya yang pernah runtuh, untuk sedarkan dan ingatkan diri saya tentang hakikat diri sebagai hamba yang harus akur dan tunduk pada segala ketentuan Allah SWT. Dan alhamdulillah, dengan membaca dapat membantu saya, biarpun tidak sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya ada masa-masa tertentu saya rasa sangat positif :)

Sebenarnya kadangkala saya takut dan bimbang kalau-kalau minat saya terhadap buku akan semakin memudar. Jadi, sebelum ia terjadi, saya kena paksa diri, usahakan untuk membaca juga walaupun sedikit, dan kalau tak sempat baca, kena pandang jugak buku walaupun sepintas lalu! Haha, bunyinya macam teruk sangat paksa diri, macam orang nak exam je, kan? Kalau setakat untuk pandang je buku, tak ada masalah, sebab rak buku saya kat sebelah katil je, dan dah memang habit saya sejak sekolah menengah, mesti kena ada sebuah buku kat sebelah bantal, bangun tidur nak kemas katil nampak buku, sebelum tidur masa tepuk-tepuk bantal pun nampak buku :)








Tuesday, October 14, 2014

Terimalah Pilihan Allah


"..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui semua itu, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah : 216]

Sunday, October 12, 2014

Saat Hujan


Saat Hujan

Berteriaklah di depan air terjun tinggi,
Berdebam suaranya memekakkan telinga
Agar tidak ada yang tahu kau sedang berteriak

Berlarilah di tengah padang ilalang tinggi,
Pucuk-pucuknya lebih tinggi dari kepala
Agar tidak ada yang tahu kau sedang berlari

Termenunglah di tengah senyapnya pagi,
Yang kicau burung pun hilang entah ke mana

Agar tidak ada yang tahu kau sedang termangu

Dan, menangislah saat hujan,
Ketika air membasuh wajah
Agar tidak ada yang tahu kau sedang menangis, Kawan


Perasaan adalah perasaan,
Tidak kita bagikan dia tetap perasaan
Tidak kita sampaikan, ceritakan, dia tetap perasaan
Tidak berkurang satu helai pun nilainya
Tidak hilang satu daun pun dari tangkainya

Perasaan adalah perasaan,
Hidup bersamanya bukan kemalangan,
Hei, bukankah dia memberikan kesadaran
Betapa indahnya dunia ini?
Hanya orang-orang terbaiklah yang akan menerima kabar baik
Hanya orang-orang bersabarlah yang akan menerima hadiah indah

Maka nasehat lama itu benar sekali,
Menangislah saat hujan,
Ketika air membasuh wajah
Agar tidak ada yang tahu kau sedang menangis, Kawan

- Tere Liye-


............................................................................................

Teringat masa tengah sedih kaw-kaw dulu, menangis tak kira masa - lepas solat, masa baca quran, tengah drive, sebelum tido, dan paling teruk masa balik raya, takde tempat nak menyorok untuk nangis dan takut orang lain perasan, masuk bilik air dan nangis masa mandi, haha, lebih kurang sama la macam menangis dalam hujan, kan?? 

Inilah pengalaman hidup, selagi mana tak alami sendiri, kita takkan tahu rasanya macam mana. InsyaAllah akan ada hikmah di sebaliknya, mesti yakin Allah tak pernah menzalimi hamba-Nya dan tidak ada satu perkara pun yang berlaku melainkan mengikut kehendak Allah SWT.

"Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun) kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan seluruh alam."
[At-Takwir : 29]




Be Patient


"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."
[Al-Baqarah:153]

Saturday, October 11, 2014

Buku : Nota Cinta Untuk Cikgu (Fatimah Bunyamin)



Tajuk     : Nota Cinta Untuk Cikgu
Penulis : Fatimah Bunyamin
Penerbit : Mustread Sdn. Bhd.
Halaman : 116 m/s
Harga    : RM15.90 (Sem) RM18.90 (Sabah/Sarawak)

Apa kata saya :

Bahagian awal buku ini sudah membuat saya termangu sendirian, tentang soalan seorang pensyarah kepada penulis dan rakan-rakan sekelas beliau ketika di institut perguruan:

“Saya nak kamu bertanya pada diri sendiri, dalam ramai-ramai guru yang pernah mengajar kamu, dari kamu sekolah rendah sehingga ke universiti, berapa orang yang kamu betul-betul atau sentiasa ingat?”

Ramainya guru yang sudah mengajar kita dalam tempoh tersebut, tapi bukan semuanya kekal dalam ingatan kita, kan? Saya sendiri, kalau disuruh senaraikan semua guru yang pernah mengajar saya dari darjah satu, sungguh saya tak ingat! Tapi, kalau nak senaraikan beberapa nama guru yang sangat kuat dalam ingatan saya, insyaAllah saya boleh senaraikan.

Antara sebab kita mengingati guru-guru tertentu adalah kerana mereka telah meninggalkan kesan yang ‘kuat’ dalam hidup kita, positif ataupun negatif, sama ada melalui kata-kata, tindakan ataupun sikap mereka semasa mendidik kita. Bertitik-tolak daripada persoalan inilah, yang telah memberi inspirasi kepada penulis untuk menjadi seorang pendidik yang dikenang pelajar dan meninggalkan kesan dalam kehidupan seorang pelajar.

Cerita-cerita yang disampaikan dalam buku ni ringkas dan memang sangat ‘familiar’ bagi kebanyakan individu bergelar pendidik/guru, tapi setiap orang pasti ada cara sendiri dalam melaluinya, dan cara-cara ‘sendiri’ itu mungkin ada yang betul dan mungkin juga ada yang salah, kerana sudut pandang kita terhadap sesuatu perkara/keadaan tidak sama; ada yang memandangnya sekadar sepintas lalu pada luaran sahaja, dan ada juga yang memandang dari segenap sudut dan lebih mendalam, lalu terhasillah tindakan yang berbeza.

Sudut pandang kedua itulah yang ingin diketengahkan oleh penulis – menjadi guru yang memahami keperluan pelajar, dan mengambil tindakan yang meninggalkan kesan positif terhadap pelajar. Beruntungnya pelajar-pelajar yang menjadi anak didik beliau, dan beruntung juga sekolah yang memiliki beliau sebagai seorang guru.

Membaca buku ini membawa saya kepada muhasabah diri sendiri. Ya Allah, jauhnya beza usaha dan tindakan saya dalam mendidik jika dibandingkan dengan penulis ini! Semoga saya diberi kekuatan untuk mencontohi beliau, saya juga ingin menjadi guru yang akan dikenang oleh pelajar-pelajar saya dalam hidup mereka (dengan ingatan yang positif, pastinya!).


**Sedikit kekurangan yang boleh ditambahbaik bagi buku ini untuk cetakan akan datang ialah pada petikan-petikan ayat al-quran, hadis dan kata-kata hikmat yang digunakan sebagai penutup setiap cerita, lebih baik dilabelkan untuk memudahkan pembaca membuat rujukan dan tidak mengelirukan pembaca, nyatakan sumbernya sama ada ia adalah ayat al-quran, hadis ataupun kata-kata hikmat. 

Friday, October 3, 2014

Amalan Bulan Zulhijjah




Sementara masih diberi kesempatan, rebut setiap peluang yang tiba, moga diberi kekuatan dan keringanan...
Bantulah kami, ya Allah!