Sunday, September 28, 2014

Buku : Kujemput Jodohku (Fadlan Al-Ikhwani)


Tajuk : Kujemput Jodohku
Penulis : Fadlan Al-Ikhwani
Penerbit : PTS Milennia
Halaman : 128 m/s

Harga : RM11.50 (Sem) RM13.50 (Sabah/Sarawak)

Blurb kulit depan:


Kisah lalu dihadamkan pasrah,
Ditelan pahit baik diluah,
Kisah baharu menanti indah,
Diburu tanpa mengenal lelah.

Ternyata dirimu berseri menanti,

Keyakinan dipupuk doanya pasti,
Kujemput jodohku sebulat hati,
Mengorak langkah demi redha Ilahi.

Apa kata saya :


Ada beberapa sebab kenapa saya beli buku ni:

  • cover yang sangat sweet
  • bilangan halaman yang nipis
  • pada cover buku ada tercatat : Siri Inspirasi Wanita dan Cetusan Motivasi Mengubat Hati Lara
Ya, ketika saya jumpa buku ni, hati saya sedang berduka lara, saya memang perlukan kata-kata nasihat, motivasi dan panduan bagaimana nak handle situasi yang saya hadapi untuk tenangkan hati. Terjumpa buku ni kat Mydin Kuala Ibai, padahal pergi sana nak beli benda lain, tapi Allah takdirkan untuk saya jumpa buku ni. Mula-mula teragak-agak nak bawak pergi bayar kat kaunter, malu kat adik cashier tu, tapi sebab teringin sangat nak baca, buat dek je la...

Bila dah nak mula baca, baru perasan kat sinopsis belakang buku tu ada tulis : 


'Khas untuk pesakit virus DCTB (Derita Cinta Tidak Berbalas)'

Hahahaha, kalau masa kat kedai tadi dah nampak, tobat tak beli! Saya patah hati je, harapan tak kesampaian, bukan cinta tak berbalas, bercinta pun tak sempat...

Isi kandungan buku ni adalah nasihat-nasihat dan kata-kata semangat untuk membantu seseorang bangkit daripada kekecewaan, menerima takdir Allah dengan sabar dan redha, meneruskan hidup dengan rasa syukur walaupun dikecewakan, melupakan dia yang telah pergi meninggalkan, tidak menyimpan dendam malah terus bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan dia dengan pasangan baru, dan panduan 'mengendali' kenangan lalu sekiranya kita juga diizin bertemu pengganti suatu hari nanti.

Banyak kata-kata yang menarik dinukilkan oleh penulis, satu yang kuat 'melekat' dalam ingatan saya :


'Kepahitan bukannya untuk dikulum di dalam mulut, apatah lagi dimuntahkan. Kepahitan perlu ditelan sebagai ubat yang menyihatkan.'

Ya, ubat kan rasanya pahit? Tapi dengan menelan ubat yang pahit, kita sembuh daripada sesuatu penyakit dengan izin Allah. Begitu juga dengan rasa kecewa, harus diterima dan dilalui dengan fikiran yang positif, boleh jadi ia adalah pencetus kepada peningkatan kualiti diri (apabila kita mengisi masa kesedihan dengan memperbaiki kekurangan diri, mendekatkan diri kepada Allah SWT), insyaAllah akan ada kegembiraan dan kebahagiaan menanti di hadapan.

*Rasa-rasanya penulis buat buku ni berdasarkan pengalaman beliau sendiri, itu yang bermain dalam fikiran saya sepanjang membaca buku ni. Apa pun, buku ni sedikit sebanyak membantu memulihkan semangat saya, dan menyedarkan saya tentang tindakan saya mana yang betul dan mana yang salah. Dan, rupa-rupanya ini buku yang kedua dah, ada buku pertama yang tajuknya Don't Cry, Ketika Mencintai, Tak Bisa Menikahi, tak tahu la ada jual ke tak kat Malaysia, kalau jumpa insyaAllah nak beli :p



looking forward for that 'someday' to come...

No comments:

Post a Comment