Sunday, January 19, 2014

WELCOME HOME, DEAR!


This had happened about two weeks back, actually. Tapi sebab kekangan masa dan tugas, dan internet yang sangat ‘siput’, hari ni baru datang balik mood nak bercerita pasal ni kat sini. This is my first car ever, beli kat Sabah back in February 2009, so ‘dia’ lah teman setia yang sentiasa bersama sepanjang 5 tahun saya bertugas di Tawau. Alhamdulillah, ‘dia’ ni tak banyak ragam, senang je nak jaga, memandangkan saya ni bukan jenis ‘kaki jalan’, route biasa ‘dia’ ni cuma Taman Ria 6 – SMK Pasir Putih dan Taman Ria 6 – Bandar Tawau, dua route tu tak jauh mana pun, 10-15 minit dah boleh sampai, hehe... Paling jauh pun dia jalan pergi KK je sekali :) 

Tak sangka akhirnya ‘dia’ jejak Tanah Semenanjung jugak akhirnya. Dengan tibanya 'dia', buat saya semakin 'sedar' yang saya dah betul-betul tinggalkan Tawau. Rasa sayu sangat masa terima mesej Whatsapp daripada adik saya, dia snap beberapa gambar 'dia' (termasuk yang di atas) untuk tunjuk sedikit 'make-over' yang dia dah buat - tambah spoiler,tukar nombor plat dan tinted

Selepas 5 tahun, baru boleh bagi family merasa naik kereta saya ni, masa awal-awal beli dulu selalu hantar gambar je kat diorang. Bukanlah diorang tak biasa naik kereta, tapi ini kereta pertama saya, yang saya beli dengan duit gaji sendiri, mestilah teruja nak bagi family merasa naik.

Jadi, untuk masa sekarang saya bagi je diorg guna dulu kat kampung, dan saya terus guna Kembara je kat Keratong. Mungkin lepas cuti Chinese New Year nanti baru saya bawak Miss Grey ni datang Keratong.

“Miss Grey yaa, awaklah 'tanda' paling besar dan nyata untuk semua kenangan saya dan Sabah, terutamanya Tawau. Lepas ni awak kena selalu travel jauh2 tau, Marang – Keratong ni dalam 5-6 jam perjalanan, please be well, jangan meragam kat tengah jalan sebab tuan awak ni pandai drive and isi minyak je tau!” – haha, tiba2 rasa macam watak Cheon Song Yi dalam drama My Love From The Star pulak, bercakap dengan kereta :)

Saturday, January 4, 2014

IT'S NEW YEAR AND I'M BACK ^_^


Ya Rabbi, tak sangka dah 2 tahun lebih saya biarkan blog ni ‘bersawang’! Entri terakhir 28 Julai 2011, tu pun di’update’ untuk penuhi syarat program Lomba Baca anjuran Geng Ulat Buku pada masa tu. Kenapa dah tak update lepas tu? Hmmm...banyak alasan yang boleh diberi, tapi alasan paling utama ialah adanya Facebook. Yup, kalau sebelum2 tu, blog la tempat nak update cerita2 harian dan tempat untuk tahu perkembangan semasa orang-orang tertentu (in my case – penulis2 yang saya minat, hehe..). Dan one of the reason saya buka blog dulu adalah untuk update perkembangan diri kepada kawan2 yang jauh, especially my buddies kat UIA dulu. Tapi bila masing2 dah ada akaun Facebook, teknologi pun dah makin canggih, semua pun dah pakat guna smartphone or any gadget yg ada capaian internet, maka terbiar la blog ni, sebab semua dah di’update’ di FB.

So, after 2 years, kenapa ‘kembali’ semula ke sini??

Sebab saya sunyi! Huhu, sedih gile statement! Memang sedih pun, tapi nak buat macam mana, hadap je la, hehe... I'm now at a new place (Keratong, Pahang) with so few people yang saya kenal, almost all day long I just caught up in my room with no one to talk to. Lucky that I love reading and watching tv, so tak la 'meroyan' sangat duduk sorang2, haha.. Since the first few days, kerap jugak la update status kat FB (tapi takde la sampai 10 status updates sehari tau!). So, untuk elakkan daripada terlalu kerap update status kat sana, takut nanti ada pulak orang kata meroyan update status ntahapeape, teringat la kat blog ni. And yeayyy, it’s still there, cuma ada la some widgets yang dah tak functioning dan appearance blog pun nampak gloomy je. Malas dah nak buat blog baru, so saya decide nak make-over je sikit2 dan terus sambung dengan entri 2014.

So here it is, blog Coretan Arirada yang bakal menjadi tempat saya bercerita dan meluah rasa. Saya tak mengharapkan ‘kunjungan’ sesiapa pun di sini, sebab blog ni lebih kepada sebagai tempat untuk saya meredakan stress dan membebel syok2 sendiri, hahaha... Tapi, kalau ada yang sudi untuk berkunjung dan menjenguk saya di sini, saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum J


Saya sangat berharap pada diri sendiri agar terus merajinkan diri untuk mencoret sesuatu di sini sepanjang tahun 2014 ni, biarpun sekadar sebaris ayat sehari. Wish you luck, my dearest self!