Mood membaca saya agak baik setakat awal tahun 2011 ini jika nak dibandingkan dengan tahun lepas yang memang sangat teruk. Sebenarnya boleh dikatakan saya 'memaksa' diri untuk 'memulihkan' tabiat membaca saya yang semakin lama semakin 'tenat', semenjak saya memasuki alam pekerjaan. Pun begitu, saya tidak menetapkan bilangan buku yang perlu saya 'khatam' dalam masa sebulan, apatah lagi setahun! Sehinggalah...ya, sehinggalah beberapa hari yang lalu saya rasa terpanggil untuk menjengah ke blog seorang ulat buku yang sudah sekian lama tidak saya kunjungi, iaitu Kak Wan. Dan, demi terlihat program Cabaran 50 Novel / Buku Setahun yang dimulakan oleh beliau dan Adhan, dan sudah ada beberapa orang 'peserta', saya tidak teragak-agak lagi untuk turut serta!
Syaratnya mudah sahaja, namun perlu disahut dengan sedikit 'kerajinan' (bagi saya la..), terutamanya dari segi menyediakan ulasan buku yang dibaca dan di'post' di blog; sesuatu yang menjadi rutin dan kegemaran saya suatu waktu dulu! Seperti yang sudah diingatkan oleh Kak Wan, tiada yang akan dinobatkan pemenang atau juara, program ini adalah untuk meningkatkan semangat untuk membaca, memberi manfaat kepada yang ikut serta, dan membudayakan sikap suka membaca dalam masyarakat Malaysia.
Harap2 saya boleh mencapai target 50 buah novel/buku bagi tahun 2011 ini, aja-aja fighting!! Dan kepada teman-teman yang membaca coretan ini, jom la sertai kami! :)
No comments:
Post a Comment