Tajuk : Jet Jonah
Penulis : Ika Madera
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Muka surat : 528 m/s
Sinopsis belakang buku:
I
London, 2007“Tak ada apa pelan!”
“Whoaaa whoaaa, kau dah suruh aku bangun pagi-pagi, datang ke sini! Terang fasal tu dan terus balik? Mana aci!”
“Habis tu?”
“Kita pergi jalan-jalan!” usul Jet.
“Ke mana?”
“Ahah! Biar Kapten Jet jadi pemandu pelancong anda hari ini ya?”
Jonah tertawa mendengar nada suara Jet yang dibuat ala-ala suara Captain Planet pula. Kartun kegemaran mereka berdua waktu kecil dahulu!
Ya, biarlah Kapten Jet yang mengemudikan hati itu ke hati ini!
II
1 Syawal, 1428Cantiknya Jonah berbaju kurung warna merah jambu, cair hati Jet: macam manalah tak jatuh hati. Rupanya, hati Ikhwan yang dipautnya.
“Izzat, dengar tak apa emak cakap ni? Senyap saja kamu?”
“Tak dengar. Maaf, Izzat penat sangat rasanya.”
“Hmm... berehatlah. Tak pergi ke mana-mana ke hari ini?”
“Rumah Kak Melati tadi.”
“Ohhhh, jumpalah Jannah sekali? Sihat dia?”
Sihatlah emak! Orang lain bahagia bercinta, anak emak yang merana sekarang ini!
Ika Madera penulis dari Kota Singa ini menggunakan bahasa Melayu Nusantara yang unik. Caranya bercerita membuat senyum melekat di bibir. Jet Jonah- sebuah kisah cinta kasih saying yang manis berlatarkan masyarakat Melayu di Kota London.
Kali pertama membaca synopsis belakang buku di laman web Jemari Seni, hati bagai tak tertahan untuk memiliki buku ini! Biarpun nama Ika Madera tidak pernah saya temui pada mana2 kulit buku sebelum ini, tapi kalau sesebuah buku tersebut diterbitkan oleh penerbit yang satu ini, hati saya kurang was-was untuk membelinya.
Al-kisahnya buku ni keluar time cuti sekolah yang lalu (hujung tahun) dan saya sudah tentulah berada di Terengganu waktu itu. Aduh, kalau nak tunggu sampai di kedai buku, pasti lambat yang amat! Kalau nak order online, saya bimbang kedapatan oleh Cikgu Ramlah, huhuhu… Kedai buku yang paling awal ada buku ini di Terengganu, yang saya pasti hanya Kedai Buku Popular, dan kedai buku yang satu ini letaknya di dalam Mesra Mall, nun jauh di Kerteh, sedangkan saya tinggal di daerah Marang, perjalanan yang jauhnya memakan masa hampir 2 jam! Kebetulan, pada masa itu adik saya yang kedua baru saja beli kereta, dan dia mahu mencapai mileage 1000km sebelum sesi persekolahan dibuka (nak servis kereta). Lalu saya pun mencadangkan idea cemerlang mengajaknya jalan2 sampai ke Mesra Mall, dan cadangan itu disambut dengan ‘setuju tanpa banyak soal’, hehehe. Jadi, dapatlah jugak saya beli buku ini, untuk dijadikan ‘bekalan’ sepanjang penerbangan Kuala Terengganu-Kuala Lumpur-Tawau.
Cerita ini bertemakan kasih sayang dua sahabat yang akhirnya berubah kepada rasa cinta. Jet atau Izat telah berkawan dengan Jonah atau Jannah semenjak kecil lagi. Mereka terpisah setelah keluarga Jet berpindah dan tidak pernah bertemu lagi selepas itu. Jet yang idak pernah melupakan Jonah mencuba untuk mencari Jonah di laman sosial Facebook dan pencariannya berjaya, dan rupa-rupanya mereka berdua berada di tempat yang sama- Kota London! Cerita disampaikan berselang-seli dengan imbasan masa lalu zaman kanak-kanak Jet dan Jonah yang tersangatlah nakal. Ketika membaca part2 flashback ni, saya terfikir bagaimanalah kalau berada di tempat ibu dan bapa Jonah, nakal sungguh anak perempuan mereka tu, macam anak laki-laki lagaknya!
Apabila sampai di bahagian-bahagian Jet mengikut usul sahabatnya, Ikhwan dalam memastikan perasaannya dan Jonah, serta aksi-aksi merajuk dan cemburu Jet kepada Ikhwan, saya tak dapat menahan daripada tersenyum sendiri, haha, lantaklah orang sebelah seat saya nak fikirkan apa!
Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan cerita Jet Jonah, ada tawa, ada air mata dan ada juga perkara yang boleh dijadikan renungan oleh pembaca. Paling saya sukai ialah settingnya di Kota London, kota impian yang teramat ingin saya kunjungi suatu hari nanti, jika diizinkan Tuhan J
No comments:
Post a Comment