Ini la kerja saya sepanjang cuti yang lalu - masak, ambil gambar, makan :) Pastu, mula la risau rasa badan makin berat la, pinggang kain makin ketat la, muka makin bulat la...hahaha, tapi aktiviti masak-makan tak jugak henti2! Benar, saya SUKA memasak. TAPI bukanlah bermakna saya PANDAI memasak tau! Saya suka mencuba, dapat cuba sekali pun cukuplah untuk sesuatu masakan / kuih, sekurang-kurangnya nanti bila saya nampak makanan tersebut di mana-mana saya boleh berkata pada diri sendiri : 'saya dah pernah buat dan saya tahu nak buatnya macam mana'.
Masa cuti sekolah adalah masa terbaik untuk saya jalankan aktiviti kegemaran saya ni, sebab semua ahli keluarga ada di rumah, jadi ada la orang yang boleh habiskan apa yang saya masak :) Ibu saya tak boleh kata apa dah, cuma geleng2 kepala je setiap kali tengok saya membeli bahan2 memasak dan 'gajet' memasak baru, hehehe. Cuti yang lalu ada la beberapa 'gajet' baru yang saya beli, antaranya- acuan apam, acuan puteri ayu, acuan roti jala, dan sebuah bekas pembakar non-stick jenis spring form. Alaa, benda-benda kecik dan biasa je, bukannya yang hebat-hebat dan mahal-mahal macam kat AFC tu, tapi cukup untuk buat saya rasa sangat seronok memilikinya :) (kalau dapat yg mcm kat AFC tu laaaagi seronok, hehehe).
No comments:
Post a Comment