Wednesday, January 12, 2011

Maaf...

Mohon maaf kepada yang berkunjung ke sini selama beberapa bulan saya tidak meng'update' apa2 di sini...bukan setakat tak update, menjenguk pun tidak, aduh, teruk sungguh!

Hari ni tiba2 rasa nak menjenguk ke sini. Punya la lama saya tak sign in, sampai terlupa segala maklumat, log-in name dengan passwordnya sekali, nasib baik masih boleh recover...kalau tidak, kena buat blog baru lagi la nampaknye...(huhu, kunun perlu sangat nak ada blog, padahal malas nak manage...)

Sungguh saya sangat terharu bila melihat ada yang datang 'menziarah' saya di sini selama ini rupanya...bila saya tengok pada feedjit traffic rupanya ada yang datang bertamu di sini, ada yang 4 hari lepas, ada yang 5 hari lepas, kasihannya tamu datang bertandang tapi tuan rumah lama menghilangkan diri...maafkan saya ya...

Entri saya yang terakhir ialah pada 10 November 2010, sudah 2 bulan lebih saya membiarkan blog ini tanpa ada sebarang coretan baru. Sepanjang cuti sekolah yang lalu (sebulan lebih) saya ada juga terfikir-fikir nak mencoret di sini, tetapi apabila setiap hari agenda saya di rumah adalah memasak, mencuba resepi baru dan makan saja, saya jadi malu dan segan untuk bercerita di sini. Ya lah, nnti apa pula kata orang, tak ada kerja lain, asyik makan je, hehehe...

Ya, benar...sepanjang cuti akhir tahun saya hanya terperuk di rumah saja. Bulan 12 di negeri pantai timur, faham2 saja la, asyik hujan je...jadi malas nak ke mana-mana...adik-adik pula semuanya ada di rumah, so si kakak ni seronok la nak menggodek dapur-periuk-belanga-kuali segala, hehehe...

Nanti saya uploadkan sedikit gambar2 masakan yang berjaya digodek semasa cuti tu, ya...

Tahun 2011 baru lagi bermula, sekarang baru bulan Januari...harap-harapnya saya akan terus mencoret di sini untuk hari-hari dan bulan-bulan mendatang bagi tahun ini, dan mudah-mudahan ada perkara kebaikan yang dapat saya kongsikan untuk manfaat kita bersama di sini, insyaAllah...

No comments:

Post a Comment