Sunday, January 25, 2015

Senarai Tugasan 2015 – Semoga Terlaksana


Lamanya tak update blog! Ada sebabnya tu...antaranya-busy dengan kerja sekolah, almaklum la sekolah baru mula 2 minggu, jadi pulak guru kelas tingkatan 1, macam-macam benda nak diurus; APDM la, SMM la, borang biasiswa, buku teks, buku rekod kedatangan, bla bla bla. Awal2 tahun ni, mesyuarat pun hampir setiap hari, sampai rumah dah lepas asar, badan dan otak pun dah letih sangat, belum lagi dikira letih bab jiwa dan perasaan...malam lepas isyak je terus collapse, zzzzzzz...

Banyak kali teringin nak tambah entri, tapi sebab emosi tak stabil, mode jiwa kacau asyik pasang je, so better hold dulu, kalau tak buat malu kaum je post entri versi tangkap leleh kat sini, ecehhhh :p Now, dah tenang2 sikit, baru rasa berani nak sentuh keyboard untuk taip entri blog J

Hari pertama masuk sekolah, masa free je terus mengadap pengetua baru untuk mintak buku pengurusan. Berdebar jugak nak tengok senarai tugas untuk tahun ni, confirm bertambah daripada tahun lepas sebab dah masuk tahun ke-2 kat sini.

Belek sehelai demi sehelai buku pengurusan tu, sambil highlight mana-mana tempat yang ada nama ‘Cik Nur Hidayah Arifin’, the list goes as follow:

Bahagian Pengurusan
- AJK Anugerah Kecemerlangan
- AJK Tugas-Tugas Khas (tak tau tugas khas ape, dag dig dug tunggu arahan)

Bahagian Kurikulum
- Guru Kelas Tingkatan 1 Al-Bukhari
- JK Kerja Pusat Sumber Sekolah (PSS)
- AJK Peningkatan Akademik Tingkatan 2

Bahagian Hal Ehwal Murid
- AJK JK Hal Ehwal Murid (HEM) (ni pun tak tau job scope macam mana)
- Setiausaha JK Bina Insan
- JK Bilik-Bilik Khas (Bilik Mesyuarat Utama & Balai Ilmu Sivik)

Bahagian Ko-kurikulum
- Guru Penasihat Kumpulan Nasyid
- Ketua Kelab Rukun Negara
- Guru Pemimpin Kadet Remaja Sekolah (KRS)
- Ketua Kelab Badminton
- AJK Rumah Dato’ Mat Kilau
- AJK JK Majlis Sukan Sekolah

Adoi mak, rasa berpinor biji mata tengok senarai tugas yang kena tanggung, especially bahagian ko-ku..ada ke patut kena jadi ketua Kelab Badminton? Pegang raket pun tak betul, apa lagi undang2 permainan, in ke out pun tak reti :( huhu, buat setakat mampu, tak reti boleh tanya orang, kan...Moga dipermudahkan semuanya oleh Allah, 'Rabbi yassir wala tu'assir, Rabbi tammim bilkhair', semoga akan terlaksana, insyaAllah.


=======================================================================
Ada bagusnya jugak bila banyak kerja, otak tak sempat nak fikir hal-hal lain (yang boleh buat tangkap syahdu tak ketahuan), hopefully, sangat2...............................................

No comments:

Post a Comment