Wednesday, January 7, 2015

Resepi : Cream Puff


Mood menggodek kuih datang tiba-tiba hari ni, tak rancang pun sebelum tu.Dah lama duk usha resepi cream puff ni, nozzle pun dah lama beli tapi tak rasmi2, duk berbalut dalam plastik lagi. Check barang kat dapur, semua ada except tepung jagung, tapi tak pe, hentam ganti dengan tepung kastad je boleh kot..

Godek punya godek, alhamdulillah jadi, walaupun ada kejadian terlupa nak letak baking powder, nasib baik boleh diselamatkan lagi. Kalau tak, jadi mangsa masuk tong sampah la semua. Selamat buat dua adunan, sebab nak bawak ke majlis makan2 sempena birthday pak sedara n anak sepupu kat kampung ayah. Senyum meleret tukang godek bila kuih dia habis orang lain makan, hehe..

Huhu, tak tau akan ulang buat lagi atau tak, sebab nak buat kuih ni punya la makan masa tapi bila makan - zassss - habis dah! Sebelum siap masuk filling pun dah berbiji2 tok dengan adik 'culik'..

Bila orang lain tanya resepi tadi, siap bagitau diorang - beli je la kalau nak makan, tak payah penat2, bayar duit terus boleh makan. Tapi bagi yang nak pahala lebih, sediakan makanan untuk suami dan anak2, dipersilakanlah buat sendiri :)

Saya kongsikan resepi yang diguna tadi (ambik kat fb), semoga pahala tuan punya resepi ni sentiasa berterusan, insyaAllah.

Cream Puff
sumber: https://m.facebook.com/ayong5342/posts/10202766681475536



* sukatan gula untuk filling saya kurangkan jadi 7 sb, tu pun dah manis, rasanya 6 sb pun ok bagi yang tak suka manis.

Selamat mencuba! ♥♥♥




No comments:

Post a Comment