Monday, January 12, 2015

Hello School!


Sesi persekolahan 2015 bermula akhirnya, selepas ditangguh seminggu kerana musibah banjir yang luar biasa di penghujung 2014. Perasaan bercampur2 nak mulakan sesi baru; rasa malas nak bersiap pagi2 pergi sekolah, rasa cuak sebab dah ada pengetua baru, rasa risau takut ada pemantau datang sekolah dan observe dalam kelas, rasa malas nak fikir macam mana nak up-kan budak2 kelas belakang...huhu, semua yang negatif ni! :p

Yang positif pun ada jugak - nak jadi cikgu yang lebih baik, nak buat kerja dengan lebih teratur, nak up-kan PdP dan modul latihan, nak jadi lebih ikhlas - semoga dipermudah oleh Allah :)



Alhamdulillah, hari pertama berlalu dengan lancar; empat masa je, tak mengajar pun lagi sebab awal pagi uruskan kerusi-meja dan susun atur kelas (pindah bangunan baru) dan pelajar2 tingkatan 1 pulak tengah program orientasi. Lepas sekolah ada mesyuarat bidang dan panitia, biasa la awal2 tahun ni memang banyak mesyuarat, hadap je la.

Semoga segala azam yang baik-baik untuk tahun 2015 ni dipermudahkan oleh Allah, dan segalanya berjalan dengan lancar, biiznillah!

Wearing black for 1st day, what a bad choice for a beginning! 'Mourning' color sbb walk down memory lane kot...sape suruh gatal tangan godek back up file whatsapp chat zaman dulu tu? :(




No comments:

Post a Comment