Tahun baru hadir lagi!
Sebahagian hati rasa masih ingin terus berada dalam 2014; meneruskan hasrat yang belum tercapai, menangisi dan meratapi rasa kecewa semahunya, menunggu dan terus menunggu, dengan harapan kisah yang berakhir punya penamat yang berbeza. Ketegaq sungguh hati yang ini!
Sebahagian lagi hati ingin segera meninggalkan 2014; melupakan segala kisah duka, kecewa, termasuk yang manis bergula, biar tak terkenang2 lagi dalam 2015 nanti. Ingin memulakan hari baru di tahun baru dengan harapan yang baru, semangat yang baru dan kalau boleh, juga dengan hati yang baru. Ingin melalui hari-hari mendatang dalam 2015 tanpa sedikit pun tercuit dengan apa yang sudah tertinggal di belakang suatu waktu dulu, no more tears, please! Hati pasti tenteram sungguh kalau boleh macam ni, kan?
Apa pun, 2014 sudah pun berlalu, dengan pelbagai kisah, suka dan duka, manis dan pahit, ketawa dan air mata. Apa yang baik, jadikan teladan dan ikutan. Apa yang buruk, jadikan sempadan dan pengajaran.
Kini 2015 membuka tirai, mahu atau tidak, perlu dijalani sebaiknya, dengan harapan dan sangkaan yang baik, dan usaha yang terbaik. Mudah-mudahan Allah membantu!
====================================================================
Hari pertama, hati kedua sudah kalah, aigooo...not a good start, dear! :(
2015 masih berbaki 364 hari, jangan biar hati pertama terus menang, fighting!!
No comments:
Post a Comment