Tajuk : Nota Cinta
Untuk Cikgu
Penulis : Fatimah Bunyamin
Penerbit : Mustread Sdn. Bhd.
Halaman : 116 m/s
Harga : RM15.90 (Sem) RM18.90 (Sabah/Sarawak)
Penulis : Fatimah Bunyamin
Penerbit : Mustread Sdn. Bhd.
Halaman : 116 m/s
Harga : RM15.90 (Sem) RM18.90 (Sabah/Sarawak)
Apa kata saya :
Bahagian awal buku ini sudah
membuat saya termangu sendirian, tentang soalan seorang pensyarah kepada
penulis dan rakan-rakan sekelas beliau ketika di institut perguruan:
“Saya nak kamu bertanya pada
diri sendiri, dalam ramai-ramai guru yang pernah mengajar kamu, dari kamu
sekolah rendah sehingga ke universiti, berapa orang yang kamu betul-betul atau
sentiasa ingat?”
Ramainya guru yang sudah mengajar
kita dalam tempoh tersebut, tapi bukan semuanya kekal dalam ingatan kita, kan? Saya
sendiri, kalau disuruh senaraikan semua guru yang pernah mengajar saya dari
darjah satu, sungguh saya tak ingat! Tapi, kalau nak senaraikan beberapa nama
guru yang sangat kuat dalam ingatan saya, insyaAllah saya boleh senaraikan.
Antara sebab kita mengingati
guru-guru tertentu adalah kerana mereka telah meninggalkan kesan yang ‘kuat’
dalam hidup kita, positif ataupun negatif, sama ada melalui kata-kata, tindakan
ataupun sikap mereka semasa mendidik kita. Bertitik-tolak daripada persoalan
inilah, yang telah memberi inspirasi kepada penulis untuk menjadi seorang
pendidik yang dikenang pelajar dan meninggalkan kesan dalam kehidupan seorang
pelajar.
Cerita-cerita yang disampaikan
dalam buku ni ringkas dan memang sangat ‘familiar’ bagi kebanyakan individu
bergelar pendidik/guru, tapi setiap orang pasti ada cara sendiri dalam
melaluinya, dan cara-cara ‘sendiri’ itu mungkin ada yang betul dan mungkin juga
ada yang salah, kerana sudut pandang kita terhadap sesuatu perkara/keadaan
tidak sama; ada yang memandangnya sekadar sepintas lalu pada luaran sahaja, dan
ada juga yang memandang dari segenap sudut dan lebih mendalam, lalu terhasillah
tindakan yang berbeza.
Sudut pandang kedua itulah yang
ingin diketengahkan oleh penulis – menjadi guru yang memahami keperluan
pelajar, dan mengambil tindakan yang meninggalkan kesan positif terhadap
pelajar. Beruntungnya pelajar-pelajar yang menjadi anak didik beliau, dan
beruntung juga sekolah yang memiliki beliau sebagai seorang guru.
Membaca buku ini membawa saya
kepada muhasabah diri sendiri. Ya Allah, jauhnya beza usaha dan tindakan saya
dalam mendidik jika dibandingkan dengan penulis ini! Semoga saya diberi
kekuatan untuk mencontohi beliau, saya juga ingin menjadi guru yang akan
dikenang oleh pelajar-pelajar saya dalam hidup mereka (dengan ingatan yang
positif, pastinya!).
**Sedikit
kekurangan yang boleh ditambahbaik bagi buku ini untuk cetakan akan datang
ialah pada petikan-petikan ayat al-quran, hadis dan kata-kata hikmat yang
digunakan sebagai penutup setiap cerita, lebih baik dilabelkan untuk memudahkan
pembaca membuat rujukan dan tidak mengelirukan pembaca, nyatakan sumbernya sama ada ia adalah ayat
al-quran, hadis ataupun kata-kata hikmat.
No comments:
Post a Comment