Rasa sebak baca kata-kata kat gambar ni; rasa kerdil, banyak dosa, kurang amal kebaikan, rasa tak layak untuk syurga yang penuh kenikmatan.
Teringat lirik lagu Raihan - I'tiraf:
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar...
Ya, walaupun kita rasa tak layak untuk syurga Allah, namun kita lebih takut dan tak sanggup untuk merasai azab di neraka Allah yang maha dahsyat dan pedih. Jadi, mahu tak mahu, rasa layak atau tak layak, kita MESTI berusaha untuk ke syurga!
Allah Maha Pengasih
Allah Maha Penyayang
Allah Maha Pemurah
Allah Maha Pengampun
Allah Maha Penerima taubat
Allah Maha Mendengar
Allah Maha Melihat
Allah Maha Mengetahui
Kita usahakan,
Di samping istiqamah dengan ibadah dan amal soleh,
Kita meminta, memohon, merintih dan merayu kepadaNya,
Mudah-mudahan DIA belas kasihan terhadap kita,
"Ya Allah, kami memohon dariMu keredhaan dan syurga, dan lindungilah kami daripada kemurkaanMu dan azab api neraka"
No comments:
Post a Comment