Sunday, January 19, 2014

WELCOME HOME, DEAR!


This had happened about two weeks back, actually. Tapi sebab kekangan masa dan tugas, dan internet yang sangat ‘siput’, hari ni baru datang balik mood nak bercerita pasal ni kat sini. This is my first car ever, beli kat Sabah back in February 2009, so ‘dia’ lah teman setia yang sentiasa bersama sepanjang 5 tahun saya bertugas di Tawau. Alhamdulillah, ‘dia’ ni tak banyak ragam, senang je nak jaga, memandangkan saya ni bukan jenis ‘kaki jalan’, route biasa ‘dia’ ni cuma Taman Ria 6 – SMK Pasir Putih dan Taman Ria 6 – Bandar Tawau, dua route tu tak jauh mana pun, 10-15 minit dah boleh sampai, hehe... Paling jauh pun dia jalan pergi KK je sekali :) 

Tak sangka akhirnya ‘dia’ jejak Tanah Semenanjung jugak akhirnya. Dengan tibanya 'dia', buat saya semakin 'sedar' yang saya dah betul-betul tinggalkan Tawau. Rasa sayu sangat masa terima mesej Whatsapp daripada adik saya, dia snap beberapa gambar 'dia' (termasuk yang di atas) untuk tunjuk sedikit 'make-over' yang dia dah buat - tambah spoiler,tukar nombor plat dan tinted

Selepas 5 tahun, baru boleh bagi family merasa naik kereta saya ni, masa awal-awal beli dulu selalu hantar gambar je kat diorang. Bukanlah diorang tak biasa naik kereta, tapi ini kereta pertama saya, yang saya beli dengan duit gaji sendiri, mestilah teruja nak bagi family merasa naik.

Jadi, untuk masa sekarang saya bagi je diorg guna dulu kat kampung, dan saya terus guna Kembara je kat Keratong. Mungkin lepas cuti Chinese New Year nanti baru saya bawak Miss Grey ni datang Keratong.

“Miss Grey yaa, awaklah 'tanda' paling besar dan nyata untuk semua kenangan saya dan Sabah, terutamanya Tawau. Lepas ni awak kena selalu travel jauh2 tau, Marang – Keratong ni dalam 5-6 jam perjalanan, please be well, jangan meragam kat tengah jalan sebab tuan awak ni pandai drive and isi minyak je tau!” – haha, tiba2 rasa macam watak Cheon Song Yi dalam drama My Love From The Star pulak, bercakap dengan kereta :)

No comments:

Post a Comment