1 Rejab tiba lagi, tak sangka secepat ini, nasib baik ada kawan post doa bulan rejab di fb tadi. Semoga lepas ni tak lupa nak baca doa ni setiap kali lepas solat...ya lah,mudah-mudahan Allah panjangkan usia untuk menjalani Ramadhan lagi, bulan yang luar biasa istimewanya, insyaAllah!
Perasaan dalam hati sekarang bercampur-campur sebenarnya, teruja dan risau- teruja nak sambut Ramadhan, tapi risau sebab belum habis ganti puasa :( Dah ganti sebahagian sebenarnya lepas raya dulu (sekali dengan puasa sunat syawal), tapi lupa dah ganti berapa hari...adoi, culas sungguh ganti puasa kali ni, macam2 alasan, cuaca panas la,banyak program la, jiwa kacau la..dah tinggal 2 bulan lagi nak masuk Ramadhan baru la nak pulun ganti puasa, cuaca pulak panas berbahang sekarang ni, sabor je laa...
*************************************************************************
tapi memang pun, sehari-dua ni sejak mula ganti puasa semula, teringat kenangan masa ganti puasa tahun lepas, ingat lagi sembang2 pendek tiap2 petang sebelum berbuka puasa...huwaaa, sayu...payahnye la kalau benda yang tak patut diingat tapi itu la yang tak boleh lupa! Benda yang tak patut lupa - contohnya bilangan hari puasa yang dah ganti - boleh pulak tak ingat :(
Masuk bulan puasa nanti tak tau la macam mana, tak sanggup nak ingat kenangan bulan puasa dan raya tahun lepas, pengalaman hidup yang tak pernah terjangka sebelumnya :(
~kenapa saya masih 'stuck' di situ??~
No comments:
Post a Comment