Sunday, September 28, 2014

Buku : Kujemput Jodohku (Fadlan Al-Ikhwani)


Tajuk : Kujemput Jodohku
Penulis : Fadlan Al-Ikhwani
Penerbit : PTS Milennia
Halaman : 128 m/s

Harga : RM11.50 (Sem) RM13.50 (Sabah/Sarawak)

Blurb kulit depan:


Kisah lalu dihadamkan pasrah,
Ditelan pahit baik diluah,
Kisah baharu menanti indah,
Diburu tanpa mengenal lelah.

Ternyata dirimu berseri menanti,

Keyakinan dipupuk doanya pasti,
Kujemput jodohku sebulat hati,
Mengorak langkah demi redha Ilahi.

Apa kata saya :


Ada beberapa sebab kenapa saya beli buku ni:

  • cover yang sangat sweet
  • bilangan halaman yang nipis
  • pada cover buku ada tercatat : Siri Inspirasi Wanita dan Cetusan Motivasi Mengubat Hati Lara
Ya, ketika saya jumpa buku ni, hati saya sedang berduka lara, saya memang perlukan kata-kata nasihat, motivasi dan panduan bagaimana nak handle situasi yang saya hadapi untuk tenangkan hati. Terjumpa buku ni kat Mydin Kuala Ibai, padahal pergi sana nak beli benda lain, tapi Allah takdirkan untuk saya jumpa buku ni. Mula-mula teragak-agak nak bawak pergi bayar kat kaunter, malu kat adik cashier tu, tapi sebab teringin sangat nak baca, buat dek je la...

Bila dah nak mula baca, baru perasan kat sinopsis belakang buku tu ada tulis : 


'Khas untuk pesakit virus DCTB (Derita Cinta Tidak Berbalas)'

Hahahaha, kalau masa kat kedai tadi dah nampak, tobat tak beli! Saya patah hati je, harapan tak kesampaian, bukan cinta tak berbalas, bercinta pun tak sempat...

Isi kandungan buku ni adalah nasihat-nasihat dan kata-kata semangat untuk membantu seseorang bangkit daripada kekecewaan, menerima takdir Allah dengan sabar dan redha, meneruskan hidup dengan rasa syukur walaupun dikecewakan, melupakan dia yang telah pergi meninggalkan, tidak menyimpan dendam malah terus bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan dia dengan pasangan baru, dan panduan 'mengendali' kenangan lalu sekiranya kita juga diizin bertemu pengganti suatu hari nanti.

Banyak kata-kata yang menarik dinukilkan oleh penulis, satu yang kuat 'melekat' dalam ingatan saya :


'Kepahitan bukannya untuk dikulum di dalam mulut, apatah lagi dimuntahkan. Kepahitan perlu ditelan sebagai ubat yang menyihatkan.'

Ya, ubat kan rasanya pahit? Tapi dengan menelan ubat yang pahit, kita sembuh daripada sesuatu penyakit dengan izin Allah. Begitu juga dengan rasa kecewa, harus diterima dan dilalui dengan fikiran yang positif, boleh jadi ia adalah pencetus kepada peningkatan kualiti diri (apabila kita mengisi masa kesedihan dengan memperbaiki kekurangan diri, mendekatkan diri kepada Allah SWT), insyaAllah akan ada kegembiraan dan kebahagiaan menanti di hadapan.

*Rasa-rasanya penulis buat buku ni berdasarkan pengalaman beliau sendiri, itu yang bermain dalam fikiran saya sepanjang membaca buku ni. Apa pun, buku ni sedikit sebanyak membantu memulihkan semangat saya, dan menyedarkan saya tentang tindakan saya mana yang betul dan mana yang salah. Dan, rupa-rupanya ini buku yang kedua dah, ada buku pertama yang tajuknya Don't Cry, Ketika Mencintai, Tak Bisa Menikahi, tak tahu la ada jual ke tak kat Malaysia, kalau jumpa insyaAllah nak beli :p



looking forward for that 'someday' to come...

Saturday, September 27, 2014

Whisper A Prayer


"Seorang sahabat yang mendoakan kebaikan untuk sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya itu, maka para malaikat akan mendoakan kebaikan untuknya seperti mana ia memohon kebaikan untuk sahabatnya" [Hadis riwayat Muslim]


Buku : Mudahnya Menjemput Rezeki (Fathuri Salehuddin)




Tajuk                 : Mudahnya Menjemput Rezeki
Penulis               : Fathuri Salehuddin
Bil. Halaman       : 184 m/s
Harga                 : RM18.00 (Sem) RM20.00 (Sabah/Sarawak)

Blurb kulit buku:

Sesungguhnya Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNYA dengan tidak terhitung jumlahnya.

Apa kata saya:

Buku ni dihadiahkan oleh seorang sahabat, sebagai ganjaran untuk saya kerana telah berjaya mencapai sesuatu. Saya tak pernah tahu pun pasal buku ni sebelum ni, dan rasanya kalau jumpa kat kedai pun besar kemungkinan saya takkan beli, sebab saya kan payah sikit nak baca buku ilmiah sebelum ni, sebab masih dengan sangkaan baca buku ilmiah cepat mengantuk, bahasa yang skema dan penyampaian isi yang berat dan perlu banyak berfikir untuk menghadam maksudnya.

Tapi, penerimaan saya terhadap buku ni amat berbeza. Sebaik saja sahabat tersebut maklumkan tentang pemberian buku ni, saya terus cari review di Goodreads. Terkejutnya saya bila tengok banyak sangat pembaca yang dah review buku ni dan ratingnya pun tinggi, ramai yang memuji betapa bagusnya isi kandungan buku ni. Dan menurut sahabat saya jugak, banyak manfaat yang dia dapat daripada buku ni, membuat saya rasa teruja sangat-sangat untuk baca dan tahu apa yang terkandung di dalamnya.

Belum pun sampai separuh buku saya habiskan, rasa syukur terdetik berkali-kali dalam hati. Syukur kerana saya dikurniakan ‘rezeki’ untuk membaca buku ini dan mengambil ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh penulis tentang rezeki. Pemahaman saya terhadap rezeki jadi bertambah meluas; memang sebelum ini pun saya tahu rezeki Allah ada yang berbentuk material dan ada yang bersifat abstrak dan intangible, seperti kesihatan, pekerjaan dan ilmu, tapi konsep rezeki malah lebih luas sebenarnya – hati yang tenang, jiwa yang bersyukur, hati tergerak untuk melakukan kebaikan atau meninggalkan kemungkaran – semua itu juga adalah rezeki!

Buku ini mengulas tentang amalan-amalan yang boleh dipraktikkan untuk ‘menjemput’ rezeki, iaitu amalan-amalan yang apabila dilakukan, dengan niat yang betul (ikhlas dan yakin terhadap Allah) dan cara yang betul (mengikut syariat), insyaAllah akan memudahkan seseorang memperoleh rezeki, dalam jumlah yang berlipat ganda dan daripada jalan yang tidak disangka-sangka, dengan izin Pemilik dan Pemberi rezeki, Allah SWT.

Buku ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu (i) Apa Itu Rezeki? yang menerangkan tentang bentuk-bentuk rezeki, (ii) Menjemput Rezeki iaitu senarai amalan yang boleh membawa kepada kurniaan rezeki daripada Allah SWT, (iii) Cerita Menjemput Rezeki iaitu beberapa kisah benar tentang kejayaan memperoleh rezeki hasil daripada amalan-amalan tertentu, dan (iv) Apa Perlu Saya Buat Sekarang? iaitu pelan tindakan yang perlu dirangka dan diikuti untuk membina impian dan mencapainya (memperoleh rezeki) berdasarkan amalan-amalan menjemput rezeki.

Di sini saya kongsikan secara ringkas amalan-amalan menjemput rezeki yang telah dikongsi oleh penulis:
  •  Mengutamakan solat (solat di awal waktu dan bagi lelaki afdal berjemaah di    surau/masjid)
  •   Solat sunat tahajjud
  •   Solat sunat dhuha
  •   Zikir (menyebut dan mengingati Allah)
  •   Doa (berdoa dengan mematuhi adab2, pada waktu dan tempat yang dimustajabkan  doa)
  •   Mendoakan orang lain (doakan kebaikan untuk orang lain, kita akan mendapat  kebaikan itu juga, insyaAllah)
  •   Sedekah (kisah2 benar tentang sedekah dalam buku ini sangat menarik dan  mengesankan!)
  •    Membaca al-quran
  •    Asmaul Husna (beramal dengan asmaul husna yan bersesuaian mengikut rezeki yang  diingini)
  •    Bersyukur
  •    Tekun berusaha
Amalan-amalan ini sebenarnya adalah ibadah-ibadah yang akan mendekatkan seseorang kepada Allah SWT. Apabila dekat dengan Allah, disayangi dan disukai oleh Allah, mudahlah untuk memperoleh rezeki, kerana Allah lah Pemilik dan Pemberi rezeki-rezeki tersebut. Namun harus diingat, ikhlaskan niat untuk melakukan amalan-amalan ini bukan semata-mata kerana ingin mendapat rezeki, tetapi untuk mendapat keredhaan Allah, sebagai tanda kecintaan dan ketaatan kepadaNYA, dan sebagai tanda kesyukuran atas segala nikmat yang telah dikurnia olehNYA, mudah-mudahan Allah bermurah hati dan belas kasihan terhadap kita lalu mengurniakan rezeki kepada kita, insyaAllah.

Sekalung tahniah buat penulis kerana berjaya menyampaikan isi kandungan buku ini dengan ringkas, padat, straight to the point, intonasi bahasa yang meyakinkan, dan penggunaan dalil-dalil al-quran dan hadis yang amat baik sekali.

Terima kasih tak terhingga buat sahabat yang telah menghadiahkan buku ini kepada saya, Alhamdulillah, ‘sedekah’ beliau ini sangat bermanfaat buat saya, pastinya besar ganjaran yang Allah berikan kepadanya. Saya juga berhasrat untuk menghadiahkan buku ini kepada beberapa orang sahabat, ingin berkongsi ‘rezeki’ rasa kesyukuran yang saya rasai daripada ‘rezeki’ ilmu yang saya perolehi melalui buku ini, insyaAllah. Semoga Allah 'rezekikan' untuk saya istiqamah dengan amalan-amalan ini...

Tuesday, September 23, 2014

Human (Christina Perri)




But I'm only human
And I'm bleed when I fall down
And I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
Cause I'm only human...


************************************

Kali pertama dengar terus suka, terus beri perhatian nak dengar lirik betul-betul..
Download then dengar berulang kali, sedihnya lirik dia..

Ya, kita mudah terluka dengan kata-kata, biarpun kata-kata tu satu kebenaran yang perlu kita terima..


"Tidak semua kata-kata indah itu mengandung kebenaran. Kadangkala, sebuah kebenaran harus disampaikan dengan kalimat yang amat menyakitkan." -Darwis Tere Liye-





Buku : Berdua Lebih Baik (Rohani Abdul Rahman)


Tajuk buku  : Berdua Lebih Baik
Penulis        : Rohani Abdul Rahman
Penerbit      : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Bil. Halaman : 180 halaman

Blurb muka depan :
Jodoh adalah rezeki. Sebagaimana mencari rezeki, berusahalah sekuat upaya sebelum bertawakkal.

Apa kata saya:

Buku ni saya beli tahun lepas, masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. Lepas beli, duk senyap terselit kat rak buku, tak tergerak hati lagi nak baca. Setahun berlalu, barulah terasa nak belek dan baca. Lepas habis baca, rasa menyesal tak baca awal-awal dulu!

Sebelum ni, saya memang liat sikit nak baca buku-buku ilmiah ni, kalau baca pun mesti cari yang nipis dan santai-santai je penyampaiannya. Awal-awal beli buku ni dulu tak terus baca sebab tu la, saya sangka isi buku ni berat dan kena baca dengan penuh perhatian. Rupa-rupanya sangkaan saya tu salah! Walaupun fokus utama buku ni adalah satu isu yang berat, tapi penulis berjaya sampaikan isinya secara ringkas tapi padat, dan dengan bahasa yang ‘ringan’.

Satu lagi sangkaan saya yang salah tentang buku ni – daripada tajuknya ‘Berdua Lebih Baik’ saya ingatkan isinya tentang kebaikan/hikmah perkahwinan, tapi sebenarnya kandungan buku ni adalah tentang cara-cara dan tip-tip yang boleh diamalkan untuk memudahkan bertemu jodoh :)

Banyak amalan-amalan dan ‘saluran-saluran’ yang diceritakan oleh penulis, sama ada berdasarkan al-quran dan hadis, sirah Rasulullah SAW dan para sahabat, juga pengalaman rakan-rakan dan pengalaman penulis sendiri. Ada juga disertakan beberapa doa dan zikir yang boleh diamalkan sebagai tambahan kepada amalan yang sudah menjadi kebiasaan.

Dengan meletakkan konsep jodoh adalah rezeki, banyak amalan untuk menarik rezeki yang boleh diamalkan sebagai usaha untuk mendapat jodoh, seperti solat sunat dhuha, solat sunat hajat,  solat sunat tahajjud, bersedekah, berbakti kepada ibu bapa dan pelbagai lagi.

Setelah menyelesaikan bacaan dari kulit ke kulit, dapat saya simpulkan semua amalan yang diutarakan sebenarnya adalah usaha untuk memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang lebih baik. Pergantungan kepada Allah dan sangka baik terhadap Allah adalah tunjang utama kekuatan seseorang dalam menemukan jodoh yang disediakan oleh Allah. Banyak petikan ayat al-quran, hadis, dan kata-kata bijak pandai dan motivasi yang diselitkan oleh penulis yang boleh dijadikan ‘pujukan’ kepada hati agar terus bersabar dalam berusaha dan redha dengan ketentuan yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Paling penting, luruskan niat ingin bertemu jodoh kerana Allah Taala; untuk melaksanakan tuntutan agama, untuk mendapat keredhaan Allah, untuk meraih ganjaran pahala berlipat ganda, untuk mengikut sunnah Nabi SAW, untuk menyambung silaturrahim, insyaAllah, semoga dipermudahkan Allah segala niat yang baik-baik!

isi kandungan buku

salah satu doa yang baik untuk diamalkan


Monday, September 22, 2014

Mewangi (Akim And The Magistrate)


MEWANGI (AKIM AND THE MAGISTRATE)

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Adalah dahagaku

Waktu dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Hingga ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya
Adalah cintaku kepada dirimu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Hingga ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya


******************************

Chorus yang layannnn, lagi-lagi kalau buat konsert solo dalam kereta :p


Saturday, September 13, 2014

Selamat Pengantin Baru


Selamat pengantin baru untuk sepupu saya, Siti Syahirah dan pasangannya Shafik, didoakan semoga bersatu dalam sakinah, mawaddah dan rahmah hingga ke syurga, insyaAllah. 

Terlepas majlis akad nikah semalam sebab stranded kat Durian Mas due to tayar bocor (as told in prev n3). Memang asalnya berat hati nak pergi majlis akad nikah, nanti kalau hati tak cukup kuat boleh nangis, tapi ada niat lain jugak - nak ambik berkat pengantin baru, and satu lagi niat yang tak berapa nak masuk akal - nak curi sirih junjung pengantin sehelai, hehe... 


Kenapa nak curi sirih? Huhu, alkisahnya teringat dulu pernah ada kawan cakap, ada kepercayaan lama2 - curi sirih pengantin untuk cepat dapat jodoh. Ishh, ustazah ape la nak buat kerja curi-mencuri ni? Kan ambil hak orang tanpa pengetahuan a.k.a mencuri tu satu dosa? Tu la, ada niat tak elok sangat, sebab tu Allah bagi musibah tayar bocor, padan muka!

*kat kenduri sepupu ni jugak hari ni, ternampak family 'seseorang', huhu, maka hati pun jadi huru-hara balik...sabar, jangan dilayan hati yang degil tu, hidayah!

Tiada Yang Kebetulan


Cerita semalam...

Balik sorang2 (konon dah berani sebab berjaya buat 2x dah sebelum ni) dan diuji dengan tayar bocor sebab terpijak paku! Allahu rabbi, pengajaran apa Allah nak bagi kali ni? Salah yang mana Allah nak tegur kali ni? Hikmah apa pula kali ini, ya Allah?

Nasib baik tersedar pasal ni masa berhenti kat petronas AMBS (padahal sebelum ni tak pernah pun berhenti situ), masa bawak langsung tak rasa, mungkin baru kena dekat2 petronas tu kot. Cuak, tak tau nak buat ape, tak tau nak mintak tolong kat sape, walaupun orang sangat ramai kat situ masa tu.

Call Najmuddin, dia suruh try isi angin, terus buat tapi tak jadi apa-apa. Buat tak malu tegur sorang pakcik, mintak tolong tengokkan, pakcik tu cakap dah bocor, kena tukar tayar. Tayar spare ada, tapi mana reti nak tukar sendiri!

Najmuddin call kawan dia, mintak tolong bawa orang untuk setel. At the same time, teringat kat bff, Karimah, dia mengajar kat Durian Mas, mesti dia ada kawan yang boleh datang tolong. And to my surprise and great relief, Karimah tak balik kampung lagi, dia still ada kat Durian Mas sebab ada kelas tambahan! Yeayyy!!!

Tunggu sekejap, kawan Najmuddin datang bawak abang mekanik, orang tu pun tolong tukarkan tayar. Huh, macam mana tak kempis kalau 3 batang paku terbenam kat tayar? Dia kata boleh je nak terus drive balik Marang dengan tayar spare tu, cuma jangan bawak laju2, bawak 80km/j je. Huh, pukul berapa nak sampai kalau bawak 80 km/j, dah masuk highway nanti mana reti nak bawak slow2..so dalam kepala dah decide, malam ni tido Durian Mas, boleh spend masa dengan Karimah lama-lama, haha, langsung takde rasa sedih dah masa tu, teruk sungguh!

Karimah sampai dengan sorang cikgu laki (untuk tolong tukar tayar), tapi sebab dah setel, ucap terima kasih jugak sebab dia sudi datang nak tolong. Ikut Karimah balik kuarters, baru tau ada kampung kat dalam kawasan tu, kali pertama masuk Durian Mas, hahaha.. Mak suruh balik, ayah nak datang ambik, tapi berkeras jugak tak nak balik, rugi la tolak peluang dapat spend masa lama2 dengan kawan rapat, kan?? Sejak dia kawen 4 tahun lepas, boleh jumpa sekejap2 je, orang ada komitmen macam2, takkan nak heret ikut suka hati je,kan?

Rupa-rupanya, dia pun memang ada niat nak suruh saya singgah and stay dengan dia sampai hari Sabtu, tapi tak jadi bagitau sebab takut saya tak nak. Haha, ambik peluang ye sebab Che Mat pegi KL! So malamnya dapat la lepak-makan-sembang-tergolek sampai tido, lamanya dah tak tido sama2 macam ni! Teruja gila, hahaha..

Dalam rasa teruja tu, macam-macam hal berlegar dalam fikiran saya, dan semuanya kembali kepada satu hal paling utama – rahmat dan kasih sayang Allah.

  •            Saya diuji dengan tayar terpijak paku dan bocor, tapi kerana rahmat dan kasih sayang Allah, saya diuji di tempat yang ramai orang dan selamat, bukan di jalan yang kiri kanan ada pokok sawit je dan terdedah kepada bahaya.
  •      Dua hari kebelakangan ni saya teruji lagi dengan ‘perasaan’ yang sepatutnya saya usir jauh-jauh, hingga hati jadi galau lagi, tapi dengan rahmat dan kasih sayang Allah, Dia gembirakan hati saya dengan dapat bertemu kawan baik yang sangat saya rindu. Biarpun cerita hati saya tersimpan kemas tanpa sampai kepada dia, tapi dapat jumpa dan tengok dia saja pun dah cukup untuk buat hati saya rasa lapang seketika.
  •      Sahabat baik saya teringin sangat nak spend masa dan bercerita dengan saya, dengan rahmat dan kasih sayang Allah, Dia aturkan untuk saya diuji dengan musibah di tempat yang sangat hampir dengan dia, sehingga kami dapat bertemu.
  •           Malam tadi saya sepatutnya hadir ke majlis akad nikah sepupu, dan saya memang rasa tak kuat hati untuk hadir majlis begitu, lalu dengan rahmat dan kasih sayang Allah, Dia ‘tangguhkan’ perjalanan pulang saya dan saya terlepas daripada hadir ke majlis tu.
  •      Paling penting dan paling utama, Allah nak didik saya bersyukur dan ingat pada Dia melalui ujian ini, supaya saya lebih yakin, percaya dan sedar, semua yang ditakdirkan olehNYA adalah yang terbaik, bukanlah satu kebetulan, sebaliknya perancangan dan aturan yang telah ditetapkan olehNYA, walau tidak selari dengan apa yang kita inginkan, tapi amat tepat dengan apa yang kita perlukan, sebab HE KNOWS BEST!


Pengajaran dan peringatan penting yang lain untuk saya daripada peristiwa ni:
-          
  •      Lepas ni jangan nak buat2 berani balik sorang2 lagi, cari kawan untuk temankan atau konvoi dengan kereta lain.
  •           Telefon kena selalu ada bateri, dan pastikan ada kredit kalau guna prepaid.
  •           Cash money kena lebihkan kalau travel jauh-jauh.

Huhu, rasa sayu dan sebak pulak taip pasal ni...Allah sangat sayang pada saya, dan saya wajib membalasnya! Dengan apa? Dengan syukur, redha, sangka baik, sabar, ikhlas dan tentunya ibadah yang makin bertambah - dari segi kuantiti dan kualiti. Berkali-kali saya bisikkan pada diri sendiri, sabarlah, terima ketentuan Allah dengan positif, jangan biarkan diri terus hanyut dan larut dalam kesedihan. Terus memohon dengan penuh rasa yakin, minta dikurniakan aturan takdir yang terbaik, kerana dalam hidup ini tiada yang terjadi secara kebetulan, sebaliknya adalah perancangan dan aturan daripada Allah SWT.



Friday, September 12, 2014

Yang Ditunggu-tunggu..

Penulis nombor satu dalam carta fav keluarkan buku baru, tak senang duduk tunggu publisher buka order online, dan ala2 nak hangus je tgk kat Goodreads dah ada yang update status 'finish', haha.. 

Duduk Keratong ni tak beza mana jugak rupanya dengan kat Tawau bab menunggu barang sampai. Kalau pos ke Tawau, JS/Adiwarna guna poslaju, so dapat je tracking no tiap2 hari check buku dah sampai mana, kalau dalam sistem bagitau dah sampai pejabat pos besar, cepat2 pegi nak ambik walaupun slip tak dihantar ke sekolah lagi. 

Alkisahnya, kalau dalam semenanjung diorang guna kurir KTM, dan kurir tu pulak hanya akan masuk ke Keratong sekali saja seminggu. Semalam bila buku tak sampai2 jugak lagi, terus mesej Adiwarna dan hari ni 2x diorang call untuk confirmkan buku dah sampai ke belum. Dan alhamdulillah, petang tadi buku2 tu selamat sampai, boleh la bawak balik esok, yeayy!

 Besar gila kotak yang diorang guna, macam order buku 10 buah :p

 Two for me; Dunia Belum Berakhir and Kekasih Waktu, satu lagi untuk bff tersayang, Karimah.. and yeayy, dapat notepad limited edition (sebab jadi 1000 pembeli pertama) *grinning

 Berdoalah duhai hati. Doa adalah tempat beristirahat bagi mereka yang miskin, tempat berteduh bagi yang gundah, dan kelegaan bagi yang terbakar api hasrat.

 Mencintai itu seperti menjaga. Menjaga agar tak ada luka. Menjaga agar tak ada kecewa. 
Kerana hakikat cinta itu damai. Mendamaikan dua hati yang bertentangan. 
Hakikat cinta adalah dekat. Mendekatkan setiap hati yang berjauhan.

Ini yang paling mahal, ada tulisan tangan kaksu, suka!
'Arirada, biar matahari menyinari siang, bulan juga dipandang orang.'
*macam sedih je tagline ni, berdebar nak baca seluruh cerita!



Thursday, September 11, 2014

Puisi Tere Liye

Sangat jatuh chenta dengan puisi2 Darwis Tere Liye sekarang! Baru-baru ni download 2 buah buku Tere Liye, Rembulan Tenggelam Di Wajahmu dan Sepotong Hati Yang Baru, buku pertama baru baca sikit, yang kedua dah habis baca sebab antologi cerpen je. Huhu, pengalaman pertama baca buku 100% versi indonesia, sebelum ni buku2 Andrea Hirata dan Habiburrahman Elshirazy baca yang edisi terjemahan. Rupa-rupanya lagi best baca yang versi Indon, dengan syarat penggunaan bahasa melayu standard la, kalau bahasa dialek/loghat confirm tak faham langsung!

Tere Liye ada jugak publish buku puisi, tapi tak tau ada dijual kat Malaysia ke tak, kalau ada nak beli, buat koleksi :p kalau tak jumpa jugak, nak kumpul yang ada kat internet, print and compile, haha, gile semangat minat kat Tere Liye sekarang!


Ni salah satu puisi yang jumpa kat fb dia..biasa2 je puisi ni, tapi sebab lepas baca rasa macam dush kena sebijik kat muka, rasa nak simpan...mula2 baca puisi ni gelak2, tapi bila baca lagi dan lagi, "gelak kat diri sendiri, hidayah?" :(


Wednesday, September 10, 2014

Terapi Jiwa


Ada masa-masanya, rasa berat sangat beban perasaan dalam hati, tak terluah, tak tahu nak luah pada siapa, hanya kepada Allah saja tempat mengadu..

Masa ni la terfikir,bestnya kalau ada adik-beradik perempuan, boleh kongsi cerita, kongsi masalah, girl talk...

Kawan-kawan semua dah ada family sendiri, takkan nak ganggu diorang sekadar untuk bercerita hal-hal patah hati dan kecewa..

Mak? No,no...absolutely tak boleh, dia dah banyak risau pasal anak perempuan dia yang sorang ni, so sebolehnya kena tunjuk ok, happy dan tak terjejas apa-apa pun kat depan dia, tak nak dia tau anak dia sebenarnya sedih gila2 sebab patah hati..

Untuk ringankan apa yang ditanggung, kena luahkan jugak, kat sini, thru writing..bila dah tulis apa yang tersimpan dalam hati, sedikit sebanyak rasa lega, biarpun diri sendiri je yang jenguk dan baca setiap hari..haha,so pathetic!



Tuesday, September 9, 2014

Tanpa Sedar

Sumber : fb

Begini lah agaknya, semua berlaku tanpa sedar, tanpa disengaja..
Pengajaran untuk masa akan datang; berhati-hatilah dan berpada-padalah!

Wednesday, September 3, 2014