Wednesday, January 12, 2011

godek2 dapur :)

Ini la kerja saya sepanjang cuti yang lalu - masak, ambil gambar, makan :)  Pastu, mula la risau rasa badan makin berat la, pinggang kain makin ketat la, muka makin bulat la...hahaha, tapi aktiviti masak-makan tak jugak henti2! Benar, saya SUKA memasak. TAPI bukanlah bermakna saya PANDAI memasak tau! Saya suka mencuba, dapat cuba sekali pun cukuplah untuk sesuatu masakan / kuih, sekurang-kurangnya nanti bila saya nampak makanan tersebut di mana-mana saya boleh berkata pada diri sendiri : 'saya dah pernah buat dan saya tahu nak buatnya macam mana'.

Masa cuti sekolah adalah masa terbaik untuk saya jalankan aktiviti kegemaran saya ni, sebab semua ahli keluarga ada di rumah, jadi ada la orang yang boleh habiskan apa yang saya masak :) Ibu saya tak boleh kata apa dah, cuma geleng2 kepala je setiap kali tengok saya membeli bahan2 memasak dan 'gajet' memasak baru, hehehe. Cuti yang lalu ada la beberapa 'gajet' baru yang saya beli, antaranya- acuan apam, acuan puteri ayu, acuan roti jala, dan sebuah bekas pembakar non-stick jenis spring form. Alaa, benda-benda kecik dan biasa je, bukannya yang hebat-hebat dan mahal-mahal macam kat AFC tu, tapi cukup untuk buat saya rasa sangat seronok memilikinya :) (kalau dapat yg mcm kat AFC tu laaaagi seronok, hehehe).

So, here are some photos of my cooking taken during the school holidays, ada juga sesetengah masakan yang tak sempat atau malas nak ambil kamera untuk snap..sekadar untuk berkongsi ya...

















Maaf...

Mohon maaf kepada yang berkunjung ke sini selama beberapa bulan saya tidak meng'update' apa2 di sini...bukan setakat tak update, menjenguk pun tidak, aduh, teruk sungguh!

Hari ni tiba2 rasa nak menjenguk ke sini. Punya la lama saya tak sign in, sampai terlupa segala maklumat, log-in name dengan passwordnya sekali, nasib baik masih boleh recover...kalau tidak, kena buat blog baru lagi la nampaknye...(huhu, kunun perlu sangat nak ada blog, padahal malas nak manage...)

Sungguh saya sangat terharu bila melihat ada yang datang 'menziarah' saya di sini selama ini rupanya...bila saya tengok pada feedjit traffic rupanya ada yang datang bertamu di sini, ada yang 4 hari lepas, ada yang 5 hari lepas, kasihannya tamu datang bertandang tapi tuan rumah lama menghilangkan diri...maafkan saya ya...

Entri saya yang terakhir ialah pada 10 November 2010, sudah 2 bulan lebih saya membiarkan blog ini tanpa ada sebarang coretan baru. Sepanjang cuti sekolah yang lalu (sebulan lebih) saya ada juga terfikir-fikir nak mencoret di sini, tetapi apabila setiap hari agenda saya di rumah adalah memasak, mencuba resepi baru dan makan saja, saya jadi malu dan segan untuk bercerita di sini. Ya lah, nnti apa pula kata orang, tak ada kerja lain, asyik makan je, hehehe...

Ya, benar...sepanjang cuti akhir tahun saya hanya terperuk di rumah saja. Bulan 12 di negeri pantai timur, faham2 saja la, asyik hujan je...jadi malas nak ke mana-mana...adik-adik pula semuanya ada di rumah, so si kakak ni seronok la nak menggodek dapur-periuk-belanga-kuali segala, hehehe...

Nanti saya uploadkan sedikit gambar2 masakan yang berjaya digodek semasa cuti tu, ya...

Tahun 2011 baru lagi bermula, sekarang baru bulan Januari...harap-harapnya saya akan terus mencoret di sini untuk hari-hari dan bulan-bulan mendatang bagi tahun ini, dan mudah-mudahan ada perkara kebaikan yang dapat saya kongsikan untuk manfaat kita bersama di sini, insyaAllah...